Peluang Kerjaya di Parlimen Malaysia! Mohon sekarang untuk jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP1 dan sertai pasukan mereka yang dinamik. Kerjaya yang stabil dan bermanfaat menanti anda.
Peluang Kerjaya di Parlimen Malaysia: Jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP1
Adakah anda sedang mencari peluang kerjaya di dalam sektor awam? Parlimen Malaysia kini menawarkan kekosongan jawatan bagi Pembantu Keselamatan Gred KP1. Peluang ini merupakan langkah yang baik untuk mereka yang berkelayakan dan berminat untuk menyumbang serta melibatkan diri dalam bidang keselamatan di institusi perundangan negara.
BUTIRAN JAWATAN
- Jawatan/ Gred: Pembantu Keselamatan Gred KP1
- Kementerian/Jabatan: Parlimen Malaysia
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Taraf Jawatan: Kontrak
GRED DAN JADUAL GAJI : RM1,500.00
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Calon hendaklah mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan lima (5) subjek yang lain pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPM(V)) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Keutamaan akan diberikan kepada Pesara Polis atau Tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya.
SYARAT LANTIKAN TAMBAHAN
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 153m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79cm ukuran dada yang biasa dan 84cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin
mata;
vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
DESKRIPSI DAN SKOP BIDANG TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset Parlimen Malaysia melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunandan premis Parlimen Malaysia termasuk kawasan-kawasan yang diistiyharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
CARA MEMOHON
- Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my).
- Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.
- Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).
- Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:
SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI
BAHAGIAN PENGURUSAN, PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 19 Disember 2024 (Khamis)
Tarikh Iklan: 10 Disember 2024 (Selasa)
Catatan Am: Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.