Semak sekarang kelayakan anda untuk Bantuan MyKasih 2025 RM100. Ketahui bagaimana anda boleh mendapat manfaat daripada bantuan ini dan pastikan anda tidak terlepas peluang! Baca untuk maklumat lanjut.
Bantuan MyKasih 2025 RM100: Semak Sekarang Jika Anda Layak!
Berdasarkan Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada bulan Oktober lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Sara pada tahun 2025. Kali ini, sasarannya adalah lebih 5.4 juta penerima baharu, jauh lebih tinggi berbanding tahun 2024 yang hanya disasarkan kepada 0.7 juta penerima sahaja.
Apa itu Sara MyKasih dan bagaimana cara untuk menyemak status? Ketahui maklumat lanjut di bawah.
Apa Itu Sara MyKasih?
Sara MyKasih, atau nama rasminya Sumbangan Asas Rahmah, adalah suatu bentuk bantuan tambahan yang dikendalikan di bawah program MyKasih. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban hidup rakyat akibat peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban kewangan dan membantu golongan berpendapatan rendah untuk membeli barangan keperluan asas.
Cara Agihan Sara MyKasih RM100
Pengagihan Bantuan Sara di bawah MyKasih bernilai RM100 akan diagihkan setiap bulan selama tempoh 9 hingga 12 bulan, bergantung kepada kelayakan penerima. Wang ini akan dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di mana-mana kedai atau pasaraya terdekat secara tanpa tunai (cashless).
Jadual Agihan Sara MyKasih 2025
Berikut adalah jadual agihan Bantuan Sara MyKasih untuk tahun 2025. Jadual yang terperinci mengenai tarikh dan proses agihan akan diumumkan kemudian oleh pihak MyKasih. Pastikan anda sentiasa menyemak laman web rasmi mereka untuk maklumat terkini.
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH AGIHAN |
---|---|
Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar | Bermula : ** Januari 2025 sehingga : ** Disember 2025 |
Penerima Berstatus Bukan Miskin | Bermula : ** April 2025 sehingga : ** Disember 2025 |
Cara Menyemak Status Penerima Sara MyKasih RM100 2025
Bagi mengetahui status anda sebagai penerima Bantuan Sara pada tahun 2025, setiap individu yang telah memohon boleh menyemak status mereka melalui dua pautan rasmi berikut:
Panduan Menyemak Status di Portal Rasmi MyKasih:
- Layari portal rasmi MyKasih melalui pautan ini: https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, klik pada butang [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan betul tanpa tanda sempang (-), contoh: 83XXXXXXXXXX.
- Masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
Panduan Menyemak Status di Portal Rasmi MySTR:
- Layari portal rasmi MySTR melalui pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sempang (-), contoh: 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
Rujukan dan Maklumat Lanjut
Kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk kepada pihak yang berwajib melalui saluran berikut:
Laman Bantuan: Hubungi Kami – MyKasih
Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Alamat E-mel: info@mykasih.com
Dengan mengikuti panduan di atas, penerima bantuan dapat memastikan mereka mendapat manfaat sepenuhnya daripada program Sara MyKasih RM100 pada tahun 2025. Jangan lupa untuk sentiasa menyemak status dan maklumat terkini dari laman web rasmi serta media sosial MyKasih untuk sebarang pemakluman baru.