Panduan Lengkap Skim Rumah Mesra Rakyat 2024: Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Ketahui cara memohon dan syarat kelayakan untuk memiliki rumah impian anda dengan mudah. Maklumat terkini dan terperinci hanya di sini!

Skim Rumah Mesra Rakyat 2024

Panduan Lengkap Skim Rumah Mesra Rakyat 2024: Cara Mohon & Syarat Kelayakan

 

Anda mempunyai tanah dan ingin membina rumah sendiri? Dapatkan subsidi sehingga RM20,000 melalui skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB! Bagi mereka yang mempunyai tanah persendirian tetapi belum mempunyai rumah sendiri, ini adalah berita baik untuk anda.

Semasa pembentangan Bajet 2024, sebanyak RM358 juta telah diperuntukkan bagi meneruskan 14 Program Rumah Mesra Rakyat yang melibatkan 3500 unit rumah. Sehingga 31 Januari 2024, terdapat 187,248 permohonan untuk RMR dengan 65,758 daripadanya telah diluluskan. Dengan peruntukan yang telah dibentangkan ini, sekarang adalah masa yang terbaik untuk anda mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada skim perumahan ini. Selain daripada Skim RMR, terdapat 7 skim perumahan kerajaan lain yang juga tersedia untuk kumpulan B40 dan M40 yang boleh diperiksa dan mohon.

 

SKIM RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) 20 SPNB

Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 seperti nelayan, petani, dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang dan daif, tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Apa yang menarik dalam program ini adalah pemohon yang berjaya akan mendapat subsidi pembinaan sebanyak RM20,000. Ini merupakan jumlah yang besar dan boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang layak.

 

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat 2024

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan RMR:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun.
  • Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri ATAU rumah pemohon yang sedia ada sudah usang dan tidak sempurna.
  • Tanah tidak mempunyai sebarang bebanan atau gadaian. Jika tanah bukan milik pemohon, perlu mendapatkan kebenaran dari tuan tanah yang masih hidup.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3000 kps, tertakluk kepada reka bentuk.
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
  • Pemohon kedua berusia 18 hingga 42 tahun jika pemohon pertama berusia 42 tahun ke atas.

 

Ciri-Ciri Program RMR

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web SPNB.
  2. Rumah satu tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.
  3. Caj pengurusan pinjaman akan dikenakan sebanyak 2%.
  4. Terdapat perbezaan harga rumah bergantung kepada lokasi:
PERKARA SEMENANJUNG MALAYSIA PULAU DI SEMENANJUNG MALAYSIA SABAH / SARAWAK/ LABUAN
Keluasan rumah 750 kps 750 kps 750 kps
Keluasan tanah (tertakluk kepada rekabentuk) 3,000 kps (279 mps) 3,000 kps (279 mps) 3,000 kps (279 mps)
Harga RM 75,000 RM 85,000 Bermula RM 75,000

 

Jika pemohon meninggal dunia dan diinsuranskan, pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jika tiada insurans, pemohon kedua atau waris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

 

Syarat Pinjaman Subsidi Rumah Mesra Rakyat 2024

Subsidi yang diberikan menerusi program RMR adalah sebanyak RM20,000. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diketahui:

  • Jumlah pinjaman dan anggaran bayaran bulanan RMR adalah tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB.
  • Pembayaran balik boleh dilakukan melalui kaunter BSN, Bank Islam, dan Sistem Jompay.
  • Dokumen perjanjian dan sekuriti diuruskan oleh firma guaman berdaftar dengan SPNB.
  • Pembinaan rumah dilaksanakan oleh kontraktor berdaftar dengan SPNB dan CIDB.

 

Reka Bentuk Rumah RMR

Rumah Mesra Rakyat mempunyai 6 reka bentuk rumah satu tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. SPNB juga menawarkan reka bentuk rumah baru yang lebih kontemporari berbanding reka bentuk terdahulu.

 

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat

  • Layari laman web Rumah Mesra Rakyat RMR.
  • Klik permohonan dan buat permohonan baru. Isi borang pendaftaran dengan lengkap.
  • Kata laluan akan dihantar kepada pemohon.
  • Gunakan LoginID, e-mel dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.
  • Isi maklumat ke dalam sistem.
  • Klik “Selesai Pendaftaran Borang” dan Cetak Borang.
  • Hantar borang berserta dokumen yang diperlukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.

Permohonan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan lengkap.

 

Dokumen Wajib

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
  • Slip gaji terkini (3 bulan) ATAU surat akuan sumpah pendapatan ATAU surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua.
  • Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.
  • Surat pengesahan pendapatan atau tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu/Ketua Kampung/Pegawai Profesional Kelas A.

 

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa. Bagi sebarang maklumat lanjut, berkunjung ke cawangan terdekat atau menghubungi SPNB.

 

Baca info lain:

Leave a Comment