Peluang Pekerjaan di MIROS untuk Warganegara Malaysia yang Berkelayakan

Peluang pekerjaan di MIROS menanti warganegara Malaysia yang berkelayakan. Sertai pasukan penyelidikan keselamatan jalan raya terulung di negara dan maju bersama mereka!

Peluang Pekerjaan di MIROS

Peluang Pekerjaan di MIROS untuk Warganegara Malaysia yang Berkelayakan

 

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kini membuka peluang pekerjaan kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi beberapa jawatan kosong bertaraf kontrak. Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:

  • Pegawai Kontrak Projek (Setara Gred Q41)
  • Pegawai Kontrak Projek (Setara Gred N29) A
  • Pegawai Kontrak Projek (Setara Gred N29) B
  • Pembantu Khidmat Am Gred H1

 

Tarikh Tutup Permohonan: 11 Disember 2024 (Rabu)
Lokasi Penempatan: MIROS, Selangor
Sektor: Badan Berkanun

 

Cara Memohon

Bagi yang berminat, berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan:

Muat Turun Borang Permohonan: Pemohon perlu mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun dari pautan yang diberikan di bawah.

Dokumen dan Salinan Sijil: Sila sertakan dokumen dan salinan sijil berikut bersama permohonan:

  • Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
  • Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  • Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM serta sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf dengan SPM (jika berkenaan);
  • Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan;
  • Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian. Semakan boleh dibuat di sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA / MQR) di pautan berikut: MQA/MQR.

Salinan Sijil Penghargaan / Penyertaan: Salinan sijil penghargaan atau penyertaan dalam kegiatan luar atau kokurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.

Cara Menghantar Borang: Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat berikut:

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor

Tarikh Tutup: Permohonan mesti hingga pada atau sebelum 11 Disember 2024 (Rabu), jam 1:00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Maklumbalas: Hanya calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk sesi temu duga akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklumbalas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap TIDAK BERJAYA.

 

Pautan Iklan dan Borang Permohonan

Untuk maklumat lanjut mengenai iklan, syarat kelayakan, dan borang permohonan, sila klik pada pautan berikut: Iklan dan Borang Permohonan

 

Semak Jawatan Kosong Lain:

Leave a Comment