Peluang kerjaya menarik di MOTAC Johor! Sertai mereka dan dapatkan gaji RM1600 dengan kelayakan minima SPM. Rebut peluang ini untuk memulakan kerjaya anda dalam sektor pelancongan dan kebudayaan.
Peluang Kerjaya di MOTAC Johor dengan Gaji RM1600! – Minima Kelayakan SPM
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sedang membuka peluang pekerjaan terkini kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menyertai pasukan kami sebagai Personel MySTEP. Butiran lengkap mengenai kekosongan jawatan adalah seperti berikut:
Jawatan: Pembantu Setiausaha Pejabat
Kelayakan: Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Status Jawatan: MySTEP (Malaysia Short-Term Employment Programme)
Gaji: RM1,600.00 sebulan
Kemudahan:
- Cuti rehat
- Cuti sakit
- Caruman KWSP
- Caruman PERKESO
Tarikh Tutup Permohonan: 15 Disember 2024
Lokasi Penempatan: Pejabat MOTAC Johor
Sektor: Badan Berkanun
Skop Tugas:
- Menyusun dan mengurus jadual pertemuan, mesyuarat, dan janji temu pengarah.
- Bertindak sebagai penghubung antara Pengarah dan pegawai-pegawai lain, serta pihak luar untuk memastikan kelancaran aliran komunikasi.
- Mengurus sistem fail termasuk merekod minit surat keluar/masuk.
- Mengaturkan perjalanan rasmi Pengarah seperti menguruskan tempahan tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, dan lain-lain keperluan.
- Menyelaras laporan mingguan dan bulanan dari setiap unit.
- Membuat salinan surat dan edaran di Pejabat MOTAC Johor.
- Membantu pegawai di Unit Pentadbiran dalam pengurusan stor dan aset.
- Menyediakan laporan aktiviti bulanan Pengarah.
- Membuat salinan fotostat berkaitan mesyuarat-mesyuarat di bawah Jabatan (Bulanan/Sukuan).
- Menyediakan tempahan tiket waran bagi Pengarah dan Pegawai MOTAC Johor melalui agensi pelancongan.
- Merekod pertanyaan yang diterima melalui email/faks/terus oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan.
- Menyediakan serta membuat salinan dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan perjalanan Pengarah.
- Membantu pegawai di bahagian kewangan dalam menyediakan baucar jurnal dan dokumen-dokumen bayaran Jabatan.
- Menguruskan takwim mingguan Pengarah dan Pegawai di Pejabat MOTAC Johor.
- Menjawab panggilan telefon.
- Merekod jadual mesyuarat Pengarah dari semasa ke semasa.
Cara Memohon:
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs. Panduan permohonan adalah seperti berikut:
Sila ke laman MYFutureJobs.
Kemudian pergi ke Menu Bar dan klik Find Jobs.
Pada ruangan carian, masukkan kata kunci Pejabat MOTAC Johor dan tekan butang Search.
Klik pada jawatan yang ingin dimohon.
Tekan butang Apply dan log masuk atau daftar baru (bagi pemohon yang belum mendaftar) untuk membuat permohonan jawatan.
Perhatian: Tarikh tutup permohonan yang dinyatakan adalah anggaran dan terpakai sehingga jawatan tersebut diisi. Permohonan akan ditutup sebaik sahaja jawatan tersebut diisi. Harap maklum.