Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS): Cara Memohon & Semak Status

Ketahui cara memohon Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dan semak status permohonan anda. Dapatkan panduan lengkap untuk memastikan bantuan sampai kepada yang memerlukan.

Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)

Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS): Cara Memohon & Semak Status

 

Sumber bantuan ini diperkenalkan oleh Sarawak Multimedia Authority (SMA) melalui platform e-Wallet Sarawak Pay. Program ini bertujuan untuk menggalakkan transaksi digital dan menyokong peralihan ke arah ekonomi tanpa tunai di Sarawak.

 

Apa Itu Bantuan Sarawak Pay?

Bantuan Sarawak Pay merupakan inisiatif yang diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Bantuan ini disalurkan melalui platform e-Wallet (dompet elektronik) Sarawak Pay untuk membantu rakyat Sarawak membeli keperluan asas seperti beras, minyak masak, dan tepung.

 

Syarat Pendaftaran Bantuan Sarawak Pay

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar atau memohon Bantuan Sarawak (SKAS):

Warga Sarawak: Penerima mestilah rakyat Sarawak.
Penempatan: Mesti menetap di Negeri Sarawak.

Pendapatan:
Isi rumah dengan pendapatan di bawah RM5,000 sebulan.
Warga emas dengan pendapatan di bawah RM5,000 sebulan.
Individu bujang dengan pendapatan di bawah RM2,500 sebulan.

 

Kadar Bantuan Sarawak Pay (SKAS)

Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan RM450 juta untuk Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang akan disalurkan kepada 850,000 penduduk, dengan kadar berikut:

Isi Rumah: RM800 setiap ketua isi rumah
Warga Emas: RM400 setiap individu
Bujang: RM250 setiap individu

Nota: Semua penerima mesti menggunakan bantuan ini untuk membeli barangan keperluan asas.

 

Cara Penyaluran Bantuan Sarawak Pay

Seperti yang ditegaskan oleh Premier Sarawak, bantuan ini tidak akan dibayar dalam bentuk wang tunai tetapi melalui akaun Sarawak Pay (e-Wallet) untuk memudahkan penerima membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai.

 

Cara Daftar Sarawak Pay (Bantuan Sarawak Pay Login)

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar:

Muat Turun Aplikasi Sarawak Pay/SPay Global

  • Android: SPay Global Google Play Store
  • iOS: SPay Global App Store

 

Pemasangan dan Pendaftaran

  • Muat turun dan instal aplikasi di telefon anda.
  • Buka aplikasi dan pilih “Daftar”.
  • Pilih “Sign Up/Register” untuk pengguna baru.
  • Isi butiran peribadi seperti nama penuh, nombor telefon, alamat email, dan kata laluan.

 

Pengesahan Nombor Telefon

  • Anda akan menerima OTP melalui SMS.
  • Masukkan kod OTP ke dalam aplikasi untuk mengesahkan nombor telefon.

 

Maklumat Tambahan

Isikan maklumat tambahan seperti Nombor IC dan Tarikh Lahir.

 

Pilih Jenis Akaun

  • Akaun Basic: Tidak memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi memiliki had transaksi yang lebih rendah.
  • Akaun Premium: Memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi menawarkan had transaksi lebih tinggi.

 

Pengesahan Akaun Premium (Opsional)

  • Muat naik gambar IC depan dan belakang serta selfie dengan IC untuk pengesahan identiti.
  • Tunggu proses pengesahan oleh SPay Global.

 

Menggunakan SPay Global

Setelah akaun anda disahkan, anda boleh mulakan transaksi.

Nota: Portal permohonan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) masih belum dibuka. Kami akan mengemas kini panduan permohonan lengkap sebaik portal dibuka.

 

Cara Semak Status Bantuan Sarawak

Untuk menyemak status permohonan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda perlu menunggu sehingga portal permohonan dibuka. Panduan semakan status akan dikongsikan sebaik portal rasmi dibuka.

 

Rujukan

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Bantuan Sarawak, hubungi talian bantuan di 6082441686 atau emel ke ys@yayasansarawak.org.my.

Ini adalah panduan lengkap bagaimana anda boleh mendaftar dan menerima Bantuan Sarawak Pay serta cara semak status. Pastikan anda memenuhi semua syarat dan menggunakan bantuan yang diterima untuk keperluan asas.

Baca info lain:

Leave a Comment