Temui peluang kerjaya hebat di MPOB! Mohon sekarang untuk memastikan anda tidak terlepas peluang ini. Sertai mereka dan tingkatkan masa depan kerjaya anda di MPOB!
Peluang Kerjaya Hebat di MPOB! Mohon Sekarang Sebelum Terlambat!
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kini membuka peluang kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak bagi Disember 2024. MPOB adalah badan berkanun yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan industri minyak sawit di Malaysia. Dengan menyertai MPOB, anda berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan dinamik yang memacu industri minyak sawit ke tahap yang lebih tinggi. Berikut adalah jawatan kosong yang ditawarkan:
BIL
|
JAWATAN
|
GRED
|
GAJI
|
|
MINIMUM (RM)
|
MAKSIMUM (RM)
|
|||
1.
|
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT |
F9
|
2,250.00
|
11,110.00
|
2.
|
PENJAGA JENTERA ELEKTRIK |
J1
|
1,500.00
|
4,680.00
|
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Disember 2024 (Selasa).
Lokasi Penempatan: MPOB Pelbagai Negeri
Sektor: Badan Berkanun
Umur Kelayakan
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga had umur pelantikan pada tarikh tutup iklan jawatan adalah seperti berikut;
i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Keperluan Bahasa
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Cara Permohonan dan Tarikh Tutup Permohonan
i) Permohonan jawatan hanya boleh dibuat melalui http://onlinejob.mpob.gov.my
ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil sehingga dihubungi oleh pihak sekretariat.
iii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
iv) Hanya pemohon yang MENGISI permohonan secara atas talian seperti di para (i) dan melepasi saringan akan dipanggil temuduga.
v) Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila emailkan kepada onlinejob@mpob.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.
Tarikh tutup iklan jawatan pada 31 Disember 2024, Jam 5:30 Petang.
Rujuk iklan penuh disini: http://onlinejob.mpob.gov.my/